Onsen Spa

Article from OHBULAN!

OHBULAN!

Tidak kisahlah korang seorang lelaki, wanita berkerjaya mahupun suri rumah tangga,pastinya rambut menjadi aset paling berharga yang perlu dijaga setiap masa. Ini kerana,rambut yang sihat akan menyempurnakan keindahan penampilan seseorang individu.

Baru-baru ini, kami daripada team OhBulan! sempat berkunjung ke Urban Retreat Spa di KL East Mall untuk mencuba rawatan Hair Cream Bath dan Aromatherapy Massage. Ternyata kedua-dua rawatan ini mampu membuatkan kami berasa segar tatkala pulang ke rumah selepas itu.

Nyaman, selesa dan privasi

Sebaik tiba di KL East Mall, kami terus berkunjung ke Unit 30, Level G2 untuk merasai pengalaman yang cukup menarik di Urban Retreat Spa. Kami disambut dengan senyuman dan layanan mesra daripada pekerja spa yang bertugas. Kami diberi air teh halia panas sementara berada di ruangan menunggu. Sebelum memulakan sesi Hair Cream Bath dan Aromatherapy Massage, kami dibawa ke ruangan untuk mencuci kaki terlebih dahulu. Sebaik sahaja selesai mencuci kaki, kami dibawa ke sebuah bilik untuk menukar pakaian dan siap sedia untuk melakukan kedua-dua pakej tersebut.

2 jam lebih yang sangat bermakna!

Hair cream bath

Sesi spa kami bermula dengan Hair Cream Bath selama sejam. Sepanjang proses ini, kami berasa sangat selesa dengan teknik urutan yang dilakukan. Kalau korang nak tahu, Hair Cream Bath ini dapat mengekalkan kelembapan rambut. Jadi korang yang mempunyai rambut kerinting, kusut dan yang mempunyai masalah rambut yang sukar untuk diurus boleh cuba rawatan ini.

Di samping itu, Hair Cream Bath ini membuatkan rambut korang menjadi lebih lembut dan mengurangkan rambut gugur. Setelah selesai, pekerja spa akan mengeringkan rambut dan memberi masa seketika untuk kami berehat. Kalau korang nak minta teh halia lagi pada masa ni pun boleh!

Hair cream bath

Untuk sesi Aromatherapy Massage, kami boleh memilih sama ada mahu tukang urut wanita ataupun lelaki. Oleh sebab kami pergi berdua, kami decide untuk mencuba teknik urut daripada tukang urut lelaki dan wanita. Aromatherapy Massage ini akan membuatkan korang berasa tenang dan relax sepanjang tempoh sejam.

Hair cream bath

Tukang urut akan melakukan urutan di bahagian kaki terlebih dahulu sehinggalah ke bahagian leher. Urutan yang sederhana dan tidak berasa sakit berjaya membuatkan kami berasa sangat selesa dan hampir tertidur. Memang just nice! Dengan aroma minyak yang wangi, memang buat badan rasa ringan dan lega. Hilang semua sakit-sakit! Bilik urut pun sangat selesa, wangi dan mempunyai lagu yang menenangkan.

Urban Retreat Spa

Jadi tunggu apa lagi, jom manjakan diri korang dengan Urban Retreat Spa sekarang!

Lokasi:
Urban Retreat Spa, KL East Mall
Unit 30, Level G2, 823, Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur

Opening hours:
11am – 10pm (Daily)

Book Now